Tuesday 31 December 2013

Mimpi yang sempurna

Malam ini aku terbangun dari tidurku begitu awal. Dan saat ku melihat, waktu masih menunjukkan hampir pukul tiga pagi. Aku mendengar suara tangisan yang mana aku sendiri pun tidak pasti dari siapakah tangisan itu.

 “Siapakah yang menangis malam-malam seperti ini?” lirihku.

Aku beranjak dari tempat tidurku untuk mencari dari mana tangisan itu. Dan langkahku terhenti ketika aku melewati almari pakaianku. Suara tangisan itu semakin dekat dan jelas. Awalnya perasaanku agak gementar dan takut namun perasaan ingin tahu itu membuatkan aku memberanikan diri juga untuk membuka almari itu. Dan ternyata tidak ada sesuatu yang aneh pun di sana,yang ku dapati hanyalah pakaian-pakaian yang tersusun rapi. Namun tangisan itu semakin dekat dan jelas. Hal ini yang membuatku terus mencari suara tangisan itu dengan membongkar semua pakaianku. Pencarianku terhenti ketika aku terjumpa sebuah jilbab di hadapanku.
Ternyata jilbab itu yang menangis. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku alami saat ini. Tapi memang benar jilbab itu yang menangis. Tidak berapa lama selepas ia menangis,jilbab itu mula mengatakan sesuatu.

“Ya Allah Ya Tuhanku… sesungguhnya aku bersyukur Kau telah mentakdirkan aku menjadi sesuatu yang wajib bagi hambaMU sehingga aku selalu menjadi sesuatu yang amat berharga dan penting untuk mereka. Tapi tidak untuk kali ini Ya Rabb.. aku yang engkau wajibkan ini tidak berharga langsung di matanya. Ampunilah dia Ya Allah,berikanlah kepada dia hidayahMu,sedarkan dia dan fahamilah dia akan kewajibanku untuknya.

Aku yang masih berdiri di almari yang terbuka dan dihapadan jilbab yang sedang bermunajat itu hanya dapat menitiskan air mata dan menyesali terhadap kelalaianku. Aku hanya memakainya dikala waktu-waktu yang tertentu saja. Ya Rabb…ampunilah aku.
Tidak beberapa lama selepas itu,aku kembali mendengar seperti ada suara yang sedang merintih. Namun kali ini bukan dari jilbab yang berada dihadapan ku tetapi kali ini dari senaskah Al-Quran yang tersimpan rapi di rak buku ku..

“Ya Ilahi…mungkin di antara ciptaanMU aku adalah ciptaanMU yang paling suci. Benda yang selalu diagung-agungkan oleh hambaMu,menjadi pedoman bagi semua ciptaaMU yang mana jika dibaca,dilantukan atau didengar hati ini akan menjadi tenang. Ya Ilahi…sesungguhnya aku amat bahagia akan takdirMU ini. Namun ,di sini aku hanya menjadi seperti buku biasa yang tidak berharga dan tidak bernilai langsung. Aku telah lama disimpanya di sini. Aku sangat merindui dia yang dahulu,dia yang selalu melantunkan ayat-ayatMU dengan merdunya. Kini suara merdunya telah dia berikan untuk lagu-lagu saja yang mana sama sekali tidak mendekatkanya kepadaMU Ya Ilahi. Kembalikanlah dia seperti dahulu,maafkan segala kesalahan dan kecuaiannya.

Setelah mendengar semua itu,tubuhku terkulai lemah. Rasanya tidak sanggup lagi aku menumpang tubuh ini dan aku pun terjatuh dari tempatku berdiri. Ya Allah…ampunilah hambaMU ini sekali lagi.
Selang beberapa saat,telingaku kembali mendengar rintihan dan tangisan yang sangat dekat dengan telingaku. Dekat sekali. Ternyata rambut panjang yang menjadi ikon kebanggaankulah yang menangis dan merintih.

“Ya Allah yang Maha Agung,aku bangga kerana menjadi makhota untuk hambaMU. Aku telah mengindahkan rupa mereka atas izinMU. Tapi Ya Allah.. sesungguhnya aku sangat malu menjadi makhota wanita ini. Wanita yang memperlihatkan aku di khalayak ramai tanpa ada sedikit pun perasaan malu dalam dirinya. Dengan begitu mudah dan begitu bangganya dia mempamerkan keindahanku. Ya Rabb, aku sangat malu kerana dipamerkan dan dipertontonkan begitu saja yang dari bukan mahramku. Terbakar oleh api nerakaMU jauh lebih baik untukku daripada aku terus dipermalukan olehnya. Ku mohon bakarlah aku Ya Rabb.. bakarlah aku, bakarlah aku, bakarlah aku…..”

Tidak…….”teriakku.

 Tiba-tiba aku tersedar dari tidurku.

“ Ya Allah,ternyata semua itu hanyalah mimpiku. Mimpi yang indah dan buruk bagi ku. Indah kerana Kau ingatkan aku dan buruk kerana aku malu akan semua sikap dan kesalahanku.”
Segera aku bangun dari tempat tidurku untuk mengambil wuduk dan mendirikan qiamullail yang hampir tidak pernah aku dirikan.


Ya Rabbi..
Izinkan aku mengucap taubat kepadaMU
Izinkan aku memohon ampunanMU
Bantu aku untuk memenuhi segala kewajibanku
Bantu aku untuk menjauhi segala laranganMU
Ya Ilahi..
Jadikan taubatku ini taubat nasuha
Dan jadikan hijrahku hijrah yang kaffah

Lapan pembohongan seorang ibu

Cerita bermula ketika aku masih kecil. Aku seorang yang anak lelaki daripada sebuah keluarga yang miskin. Kami tidak mempunyai cukup bekalan makanan. Apabila tiba waktu makan,ibu selalunya memberikan bahagian nasinya kepadaku. Sementara ibu memindahkan nasinya ke dalam mangkukku,dia berkata “ Makanlah nasi ini nak. Ibu tak lapar “. Itulah pembohongan pertama ibuku.

Apabila aku meningkat umur, ibuku sering menghabiskan masanya memancing ikan di sungai berhampiran rumah kami. Ibu mengharapkan daripada ikan yang ditangkap, ia dapat memberikan sdikit makanan berzat bagi pertumbuhan badanku. Selepas memancing, ibu akan memasak sup ikan yang segar agar dapat eningkatkan selera makanku. Sementara aku menikmati sup tersebut, ibuku duduk bersebelahan dan akan isi ikan yang masih terlekat sedikit pada tulang ikan yang telah aku makan. Hatiku tersentuh melihatnya. Aku memberikan ikan lain kepada ibu. Namun dia menolak pemberian itu dan berkata,” makanlah ikan itu nak. Ibu tak berapa suka makan ikan ”. itulah pembohongan kedua ibuku.

Apbaila aku berada di sekolah menengah, bagi membiayai pembelajaranku ibu mengambil upah menjahit baju. Dia lakukan semua itu di rumah. Pekerjaan ini dapat memberi sedikit wang kepadanya untuk menampung keperluan kami. Kadang-kadang apabila terjaga daripada tidur di tengah malam, aku melihat ibu masih menjaht pakaian. Aku berkata “ Ibu,pergilah tidur sudah lewat ni. Pagi esok ibu perlu bekerja ''. ibuku tersenyum dan berkata '' pergilah tidur sayang. Ibu tidak mengantuk lagi ''. Itulah pembohongan ketiga ibuku.

Penggal akhir persekolahan tiba. Aku menduduki peperiksaan penting. Ibu mengambil cuti supaya dapat menemani serta memberi sokongan kepada aku semasa peperiksaan. Ibu bersusah payah menunggu aku di luar pagar sekolah yang agak panas selama bberapa jam. Setelah tamat peperiksaan, aku keluar mendapatkan ibuku. Dia cepat-cepat menyapu dan menuangkan aku secawan teh yang dibawa di dalam bekas air. Melihat saja ibuku dibasahi peluh,aku memberikan cawanku dan meminta beliau minum bersama. Lantas ibuku berkata, '' minumlah nak. Ibu tidak dahaga ''. Itulah pembohongan keempat ibuku.

Selepas kematian bapa, ibu berperanan sebagai seorang ibu tunggal dan perlu menyara keperluan kami seorang diri. Kehidupan menjadi semakin rumit dan ibu semakin tertekan. Pakcik yang baik hati yang tinggal berhampiran datang sekali-sekala untukmembantu. Jiran kami sering menasihati ibuku agar berkahwin lagi. Namun ibuku sangat degil dan tidak ambil peduli dngan nasihat mereka. Kata ibu '' aku tidak perlukan kasih sayang. Aku tidak perlukan orang lelaki untuk membantu aku ''. Itulah pembohongan kelima ibuku.

Selepas aku menamatkan pengajian dan bekerja, tibalah masa untuk ibu tuaku bersara. Namum dia tidak mahu. Dia akan ke pasar setiap pagi untuk menjual sedikit sayuran bagi memenuhi keperluannya. Aku yang bekerja di bandar lain, sering meghantarkan wang untuk meringankan penderitaan ibu dan memenuhi keperluannya, tetapi ibu tidak menerima wang pemberianku. Adakalanya dia menghantar semula wang itu kepadaku. Ibu berkata '' ibu mempunyai wang yang mencukupi''. Itulah pembohongan keenam ibuku.

Dengan sedikit wang yang disimpan, aku meneruskan pengajian sampai ke universiti. Selepas memperoleh ijazah Sarjana Muda, aku menyambung lagi pelajaranku ke peringkat Ijazah Sarjana di sebuah bandar di Eropah. Dengan pendapatan yang agak lumayan, aku berkeinginan membawa ibuku menikmati kehidupan di Eropah bersamaku. Namun ibu kesayanganku tidak mahu menganggu anaknya. Beliau berkata kepadaku,'' ibu tidak biasa di sana nak. Ibu lebih selesa di kampung''. Itulah pembohongan ketujuh ibuku.

Di usia tuanya, ibuku mendapat kanser perut. Dia dimasukkan ke hospital. Aku yang tinggal jauh beribu batu di seberang laut pulang ke rumah untuk melawat ibu kesayangan. Ibu terbaring lesu di atas katil selepas pembedahan dijalankan. Ibu yang kelihatan sangat tua, merenung wajahku sedalam-dalamnya. Ibu cuba mengukir senyuman tapi ia nampak seperti terpaksa. Jelas sekali penyakitnya itu telah menyebabkan tubuh ibu menjai lemah. Ibu kelihatan tidak bermaya. Aku memandang ibu dengan air mata yang mengalir. Hatiku pedih dan sayu melihatkan ibu dalam keadaan itu. Dengan sedikit tenaga yan ada, ibu berkata '' jangan menangis sayang. Ibu tidak sakit ''. Itulah pembohongan kelapan ibuku.

Setelah mengungkapkan pembohongan kelapannya itu,ibu kesayanganku menutup matanya buat selama-lamanya.

KESIMPULAN :

Cuba renungkan betapa mulia dan agungnya kasih seorang ibu. Jika anda masih mempunyai ibu atau ayah,ambillah kesempatan secukupnya untuk menyayangi mereka dan membalas jasa baik mereka sepenuhnya. Pelbagai cara boleh dilakukan. Jangan gunakan alasan '' sibuk dengan anak '' atau '' sibuk mencari nafkah '' kerana kesibukan itu tiada titik noktahnya. Jangka hayat ibu dan ayah bernoktah. Bagaimanakah hubungan anda dengan ibu atau ayah anda sekarang? Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah. Semuanya atas diri anda..

Wednesday 6 November 2013

KASIH SEORANG IBU

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Safwan terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Safwan tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan
susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redha nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Safwan menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Safwan dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Safwan masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Safwan segera bergegas ke hospital. Di situ, Safwan dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Safwan terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

BODOKAH IBUKU TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD..

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipun si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!....  
 
 MAK...engkaulah RATU hatiku...
 

Wednesday 2 October 2013

KITA SUKAR MENGAKUI KESALAHAN !!!!!

       " LUBANG tu la. Seluas-luas tanah dekat situ pula dia ada. Tak pasal-pasal kaki berdarah," kata seorang kanak-kanak kepada ibunya. Matanya turut mengalirkan air mata. Darah yang keluar daripada luka memang banyak. Pedih pula terasa apabila diletakkan ubat.

       " Betul tu. Lubang tu besar sangat,kan? Kesian anak mak. Nanti,kejap lagi mak akan pukul lubang tu dengan cangkul. Mak kambus terus pun boleh," bela si ibu sambil matanya menjeling ke arah lubang yang dimaksudkan.

       Entah siapa yang menggali lubang bekenaan,getus hati si ibu lagi. Benar, ibu mana yang sanggup melihat anaknya menangis. Apatah lagi mengalami luka sehingga berdarah. Lagipun,bukan salah anaknya. Tidak sengaja kaki terjerumus ke lubang berkenaan. Jika lubang itu adalah manusia,pasti akan dimarahinya.

       " Kamu dah tahu ada lubang dekat situ, tapi kat situ jugalah kamu pergi. Bukan salah lubang tu. Kamu tu yang tak berhati-hati," sampuk sang ayah sambil berlalu pergi sementara si ibu dan anak hanya mendiamkan diri.

       Begitulah. Mungkin kita sendiri yang kurang menyedari. Semenjak kecil kita dilatih untuk menyalahkan sesuatu yang lain. Malah, kita sering menyalahkan orang lain walaupun kesilapan berkenaan disebabkan kelemahan diri sendiri.

       Lihatlah di sekeliling. Kita mungkin mengakui hakikat berkenaan. Bagaimana seorang pemain bola sepak menyalahkan padang ketika pasukannya kalah ataupun ketika sepakan penalti yang diambil tersasar dari gawang gol. Sama seperti seorang pekerja menghamburkan cacian kepada majikannya sedangkan dia yang tidak berdisiplin. Begitu juga apabila seorang suami menyalahkan isterinya sebagai punca kedinginan hubungan. Sedangkan dia sebenarnya yang tidak mempunyai ilmu pengurusan rumah tangga.

       Ketika keadaan terdesak,kita akan mencari 1000 alasan demi melepaskan diri daripada sebarang kejadian atau musibah yang berlaku. Lantas kita akan berasa selesa seandainya tidak dipersalahkan biarpun alasan yang diberikan telah menyebabkan kita terpaksa menipu. Lebih teruk lagi,kita salahkan orang lain pula. Akhirnya,orang lain terpaksa menjadi mangsa keadaan.

       Sudahlah kita bersalah kerana meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain. Lebih menambahkan dosa apabila alasan yang kita ciptakan memaksa diri untuk menipu. Berdosa hukumnya kita menipu diri sendiri mahaupun sesiapa saja.

       Firman ALLAH S.W.T bermaksud:

       "Sesungguhnya TUHANmu Maha Luas keampunanNYA. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak DIA mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yg melalui pelbagai peringkay kejadian didalam perut ibu kamu. Maka, janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu besih daripada dosa). DIA saja yang lebih mengetahui akan org bertakwa" -surah an-Najm:32

       Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

       "Beruntunglah orang yang sibuk melihat aib dirinya sehingga tidak sibuk dengan aib orang lain."

       Maka, memilih untuk menyalahkan diri sendiri sebenarnya lebih mulia daripada menunding jari kepada orang lain. Hal ini kerana kita akan lebih mudah mempelajari kesilapan berkenaan. Alangkah bijak dan indahnya apabila kita hanya menghitung aib diri sendiri berbanding orang lain.

       


Sunday 31 March 2013

Kisah Tentang " CINTA "...

Dia manusia agung,insan yang berkilau bak permata dicelahan batu-batu. Walaupun tidah pernah bersua,cintanya buat kita merentasi benua dan zaman. Teguh jiwanya berjuang membawa Islam kepada umat,insan mulia inilah yang telah disakiti kerana hendak menyampaikan amanah Allah kepada kita. Dialah Rasulullah.

INILAH BUKTI CINTA BAGINDA...
Allah berfirman : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari kaummu sendiri,sangat berat terasa olehnya penderitaan yang ditanggung olehmu,dia sangat menginginkan kebaika bagimu, dan dia penyantun dan penyayang  terhadap orang-orang yang beriman. (at-Taubah:128)

INILAH RASUL YANG PENUH DENGAN CINTA...
Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api,lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aaku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

INILAH NIKMAT CINTA INSAN YANG MULIA...
Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata : Tatkala aku melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik,saya berkata, "Wahai Rasulullah!Doakanlah untukku". Rasulullah SAW pun mendoakan,"Ya Allah!Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian,yang tersembunyi dan yang terang."Mendengarnya,Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke riba kerana terlalu gembira. Lalu  Rasulullah SAW bersabda,"Adakah doaku ini menggembirakan kamu?"Aisyah menjawab,"Kenapa tidak,aku begitu gembira dengan doamu itu". Rasulullah SAW bersabda,"Demi Allah!inilah doa yang aku panjatkan untuk umatku dalam setiap solat".

INILAH CINTA YANG DITERJEMAHKAN DALAM PERBUATAN...
DAlam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika baginda mengimamkan solat jamaah,para sahabat mendapati setiap kali baginda berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Sesudah solat,Sayyidina Umar al-Khattab bertanya,"Ya Rasulullah,kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sakitkah engkau Ya Rasulullah?"."Tidak Ya Umar,aku sihat"jawab Rasulullah."Ya Rasulullah,mengapa setiap kali baginda menggerakkan tubuh,kami mendengar seoalah-olah sendi baginda salaing bergesekkan?kami yakin baginda sedang sakit". Desak Sayyidina Umar penuh cemas. Akhirnya,Rasulullah pun mengangkat jubahnya.Para sahabat pun terkejut mendapati perut Rasulullah yang kempis dililit oleh sehelain kain yang berisi batu kerikil sabagai penahan rasa lapar. Ternyata,batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi yang aneh setiap kali tubuh Rasulullah bergerak. Para shabat pun berkata,"Ya Rasulullah,adakah apabila baginda menyatakan lapar dan tidak ada makanan,kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?". Baginda Rasullullah pun menjawab dengan lembut,"Tidak para sahabatku. Aku tahu,apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. tetapi,apa jawapanku nanti dihapadan Allah apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban bagi umatnya?Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku,agar kelak umatku tidak ada yang kelaparan didunia lebih-lebih lagi di Akhirat nanti".

INILAH CINTA YANG MEMBAWA KE SYURGA...
Nabi SAW bersabda : Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. maka setiap nabi bersegera memnfaatkan doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat nanti. ( Riwayat Muslim).

Bersyukurlah hati kerana hidup didunia yang dicipta kerana Rasulullah.Bertuahnya jiwa kerana dipimpin oleh Rasulullah yang menghulur cinta tanpa mengharapkan balasan, Beruntunglah dan berbahagialah kita kerana terpilih menjadi umat insin pilihan. Malulah diri yang lalai dengan dunia dan segala isinya. Meranalah jiwa jika tergolong dalam golongan yang menyebabkan baginda menangis di akhirat kelak. Bagindalah rahmat seluruh alam. Ya Rasulullah,kami merinduimu.....

Wednesday 27 February 2013

sahabat sejati




Hari ini perasaanku agak tenang dan gembira sangat kerana aku baru habis berjalan-jalan menenangkan fikiran dengan Khairani orang yang aku sayangi. Hari-hariku terasa begitu indah dan bahagia dengan kehadirannya. Oh ya,aku adalah Zaquan dan aku mempunyai seorang sahabat baik bernama Zafuan,. Aku dan Zafuan  tidak dapat dipisahkan,dari kecil hingga sekarang kami selalu bersama-sama ke mana saja seperti air yang dicincang tidak akan putus. Aku seorang yang agak aktif dan sahabatku ini seorang yang agak pendiam.

******************
Akhir-akhir ini aku sering merasakan sakit di kepalaku seperti mahu meletup saja. Hari ini dalam jadual menunnjukkan giliranku untuk membuat pembentangan di depan kelas. Saat aku membuat pembentangan tiba-tiba pandanganku menjadi kabur dan aku jatuh terpengsan. Teman-teman dan pensyarahku terkejut lantas membawaku pergi ke hospital yang berdekatan.

Saat aku sedar,Zafuan dan Khairani sudah ada disampingku. Syukurlah kamu sudah sedar,kata Khairani.
"Aku di mana? Kenapa aku di sini?" aku bangun sambil memegang kepalaku yang agak sakit ini.
"Tadi kamu pengsan",kata Khairani.
"Betul tu tadi kamu pengsan semasa membuat pembentangan di depan kelas" Zafuan menambah.
"Sekarang kamu rehat saja"kata Khairani dan Zaquan.

******************
Disebabkan akhir-akhir ini kepalaku sering mengalami kesakitan,aku memutuskan untuk pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Tapi aku tidak memberitahu sahabat baikku apatah lagi kepada orang tuaku. Aku takut mereka semua khuatiri denganku.
"Silakan duduk,cik Zaquan"
"Terima kasih doktor. Bagaimana hasilnya? Saya baik-baik saja bukan?"
"Sebentar"doktor mengamati hasil pemeriksaanku.
"Maaf cik,nampaknya saya harus memberitahu pada orang anda kerana ini sangat serius".
"Kenapa doktor?sampaikan saja pada saya,nanti saya akan sampaikan pada orang tua saya".
"Baiklah,sebelum itu saya harap anda sabar dan tabah apa yang akan saya katakan ini. Anda diserang penyakit kanser otak".

Aku sangat terkejut dan menjadi kaku seketika setelah mendengar penjelasan doktor sebentar tadi. Seluruh badanku berasa begitu lemah.
"Penyakit ini sangat sukar untuk disembuhkan,apatah lagi anda sudah di peringkat akhir".
"Bagaimana dengan saya doktor?"
"Saya hanya dapat memberikan ubat saja untuk memperlambatkan perkembangan kanser itu,selebinhya kita serahkan pada Allah".
Kini air mata jernih di kelopak mataku mengalir  secara tiba-tiba. Seperti mimpi saja kenyataan ini.

****************
Sekarang aku sering menyendiri dan menjadi seorang yang agak pendiam. Berbeza dengan hari-hariku sebelum ini. Ceriaku hilang setelah aku tahu tentang kenyataan ini. Tentu orang pertama menyedari tentang perubahanku adalah Zafuan.
"Kenapa dengan kamu  Zaquan? Kenapa jadi diam begini".
"Aku tak ada apa-apa,cuma rasa tidak bersemangat saja".
"Betul ke ni?"
"Yela betul,kamu tenang dan rileks saja okay".

Hampir semua orang bertanya tentang perubahanku. Mereka hairan kerana Zaquan yang ceria dulu telah bertukar menjadi diam. Orang tuaku,Zafuan,Khairani dan teman-temanku yang lain mulai menyedari dengan perubahanku. Bila mereka semua menanyakan hal ini,aku hanya memeberikan asalan yang masuk akal saja. Aku tahu, aku telah membohongi mereka semua. Aku tahu satu hari nanti oasti mereka semua akan tahu juga tentang penyakitku ini. Aku belum mengambil keputusan untuk memberitahu mereka semua,biarlah aku menanggung penyakitku seorang diri.

*****************
Hampir lima bulan rasanya aku menyembunyikan penyakitku ini. Semakin hari aku semakin terseksa. Aku selalu pening kepala,sakit kepala dan pengsan. Orang-orang di sekitarku semakin mencurigaiku tapi aku masih merahsiakannya dari pengetahuan mereka. Sampai satu hari ibu ke bilikku untuk memanggilku makan tiba-tiba dia melihat aku sudah terbaring di lantai dan ada darah keluar dari hidungku,

Oranng tuaku segera membawaku ke hospital yang berdekatan. Aku tidak sedarkan diri dalam beberapa hari. Dan saat aku dibawa ke rumah sakit,orang tuaku bertanya kepada doktor tentang penyakitku.
"Sebenarnya apa dah jadi dengan anak saya doktor?"tanya abah.
"Yela doktor,mengapa anak saya selalu pengsan?"tambah ibu.
"Maafkan saya ibu dan ayah,nampaknya inilah masa yang sesuai untuk saya bagi tahu tentang semua ini. Aku memang meminta supaya doktor merahsiakannya daripada sesiapa pun.
"Zaquan meghidap penyakit kanser otak peringkat akhir".

Ayah dan ibu terus menagis apabila mendengar penjelasan doktor sebentar tadi. Mereka seperti tidak percaya.
Ayah berusaha tabah."Bagaiman keadaannya sekarang doktor?".
"Kanser otak itu semakin hari semakin berkembang dan saya rasa saya tidak dapat buat apa-apa lagi. Kita hanya dapat berdoa kepada Allah dan menyerahkan semuanya kepadaNYA pada saat ini. orang tuaku terdiam dan terkesima.

*****************
Hampir empat hari aku tidak sedarkan diri. Dan selama itu pula teman baikku Zafuan dan orang tuaku selalu menemaniku termasuk juga Khairani. Walaupun aku tidak dapat sedarkan diri dalam amsa itu tetapi aku seolah-olah dapat mendengar suara-suara orang yang menyayangiku.
"Mengapa dan kenapa kamu tidak memberitahu kepadaku tentang semua ini. Kasihan kamu,kamu harus menanggung penyakit ini seorang diri".kata Zafuan sambil memegang erat tanganku.

Setelah mendengar suara Zafuan,aku membuka mataku. Mereka semua senang dan gembira melihatku kembali sedar." Kamu sudah sedar,Zaquan. Kamu sudah empat hari tidak sedarkan diri" kata Zafuan.

Aku tersenyum dan lalu berkata,"aku rasa umurku tidak panjang lagi Zafuan,aku amanahkan Kahirani kepada kau. Kau jagalah dia sebaik-baiknya dan aku merayu dan memhon agar kau sayangilah dia sepertimana kau menyayangi diriku ini".
"Tapi kau?"ucap Zafuan.
"Sudahlah Zafuan,aku merayu sangat-sangat kepada kau penuhilah permintaan terkahirku ini. Aku tahu kau juga menyukainya dalam diam. Aku ingin kau bahagia". aku memberikan senyuman terkahirku.

Dan terdengarlah suara alat di sebelahku menandakan yang kau telah tiada di dunia ini dijemput Ilahi. senyumanku menghantarku pergi jauh dari dunia ini
"Zaquannnnn........."teriak Zafuan sambil menyebut namaku.
TAMAT...