Tuesday 31 December 2013

Lapan pembohongan seorang ibu

Cerita bermula ketika aku masih kecil. Aku seorang yang anak lelaki daripada sebuah keluarga yang miskin. Kami tidak mempunyai cukup bekalan makanan. Apabila tiba waktu makan,ibu selalunya memberikan bahagian nasinya kepadaku. Sementara ibu memindahkan nasinya ke dalam mangkukku,dia berkata “ Makanlah nasi ini nak. Ibu tak lapar “. Itulah pembohongan pertama ibuku.

Apabila aku meningkat umur, ibuku sering menghabiskan masanya memancing ikan di sungai berhampiran rumah kami. Ibu mengharapkan daripada ikan yang ditangkap, ia dapat memberikan sdikit makanan berzat bagi pertumbuhan badanku. Selepas memancing, ibu akan memasak sup ikan yang segar agar dapat eningkatkan selera makanku. Sementara aku menikmati sup tersebut, ibuku duduk bersebelahan dan akan isi ikan yang masih terlekat sedikit pada tulang ikan yang telah aku makan. Hatiku tersentuh melihatnya. Aku memberikan ikan lain kepada ibu. Namun dia menolak pemberian itu dan berkata,” makanlah ikan itu nak. Ibu tak berapa suka makan ikan ”. itulah pembohongan kedua ibuku.

Apbaila aku berada di sekolah menengah, bagi membiayai pembelajaranku ibu mengambil upah menjahit baju. Dia lakukan semua itu di rumah. Pekerjaan ini dapat memberi sedikit wang kepadanya untuk menampung keperluan kami. Kadang-kadang apabila terjaga daripada tidur di tengah malam, aku melihat ibu masih menjaht pakaian. Aku berkata “ Ibu,pergilah tidur sudah lewat ni. Pagi esok ibu perlu bekerja ''. ibuku tersenyum dan berkata '' pergilah tidur sayang. Ibu tidak mengantuk lagi ''. Itulah pembohongan ketiga ibuku.

Penggal akhir persekolahan tiba. Aku menduduki peperiksaan penting. Ibu mengambil cuti supaya dapat menemani serta memberi sokongan kepada aku semasa peperiksaan. Ibu bersusah payah menunggu aku di luar pagar sekolah yang agak panas selama bberapa jam. Setelah tamat peperiksaan, aku keluar mendapatkan ibuku. Dia cepat-cepat menyapu dan menuangkan aku secawan teh yang dibawa di dalam bekas air. Melihat saja ibuku dibasahi peluh,aku memberikan cawanku dan meminta beliau minum bersama. Lantas ibuku berkata, '' minumlah nak. Ibu tidak dahaga ''. Itulah pembohongan keempat ibuku.

Selepas kematian bapa, ibu berperanan sebagai seorang ibu tunggal dan perlu menyara keperluan kami seorang diri. Kehidupan menjadi semakin rumit dan ibu semakin tertekan. Pakcik yang baik hati yang tinggal berhampiran datang sekali-sekala untukmembantu. Jiran kami sering menasihati ibuku agar berkahwin lagi. Namun ibuku sangat degil dan tidak ambil peduli dngan nasihat mereka. Kata ibu '' aku tidak perlukan kasih sayang. Aku tidak perlukan orang lelaki untuk membantu aku ''. Itulah pembohongan kelima ibuku.

Selepas aku menamatkan pengajian dan bekerja, tibalah masa untuk ibu tuaku bersara. Namum dia tidak mahu. Dia akan ke pasar setiap pagi untuk menjual sedikit sayuran bagi memenuhi keperluannya. Aku yang bekerja di bandar lain, sering meghantarkan wang untuk meringankan penderitaan ibu dan memenuhi keperluannya, tetapi ibu tidak menerima wang pemberianku. Adakalanya dia menghantar semula wang itu kepadaku. Ibu berkata '' ibu mempunyai wang yang mencukupi''. Itulah pembohongan keenam ibuku.

Dengan sedikit wang yang disimpan, aku meneruskan pengajian sampai ke universiti. Selepas memperoleh ijazah Sarjana Muda, aku menyambung lagi pelajaranku ke peringkat Ijazah Sarjana di sebuah bandar di Eropah. Dengan pendapatan yang agak lumayan, aku berkeinginan membawa ibuku menikmati kehidupan di Eropah bersamaku. Namun ibu kesayanganku tidak mahu menganggu anaknya. Beliau berkata kepadaku,'' ibu tidak biasa di sana nak. Ibu lebih selesa di kampung''. Itulah pembohongan ketujuh ibuku.

Di usia tuanya, ibuku mendapat kanser perut. Dia dimasukkan ke hospital. Aku yang tinggal jauh beribu batu di seberang laut pulang ke rumah untuk melawat ibu kesayangan. Ibu terbaring lesu di atas katil selepas pembedahan dijalankan. Ibu yang kelihatan sangat tua, merenung wajahku sedalam-dalamnya. Ibu cuba mengukir senyuman tapi ia nampak seperti terpaksa. Jelas sekali penyakitnya itu telah menyebabkan tubuh ibu menjai lemah. Ibu kelihatan tidak bermaya. Aku memandang ibu dengan air mata yang mengalir. Hatiku pedih dan sayu melihatkan ibu dalam keadaan itu. Dengan sedikit tenaga yan ada, ibu berkata '' jangan menangis sayang. Ibu tidak sakit ''. Itulah pembohongan kelapan ibuku.

Setelah mengungkapkan pembohongan kelapannya itu,ibu kesayanganku menutup matanya buat selama-lamanya.

KESIMPULAN :

Cuba renungkan betapa mulia dan agungnya kasih seorang ibu. Jika anda masih mempunyai ibu atau ayah,ambillah kesempatan secukupnya untuk menyayangi mereka dan membalas jasa baik mereka sepenuhnya. Pelbagai cara boleh dilakukan. Jangan gunakan alasan '' sibuk dengan anak '' atau '' sibuk mencari nafkah '' kerana kesibukan itu tiada titik noktahnya. Jangka hayat ibu dan ayah bernoktah. Bagaimanakah hubungan anda dengan ibu atau ayah anda sekarang? Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah. Semuanya atas diri anda..

No comments:

Post a Comment