Wednesday 30 January 2013

OPTIMIS MENUJU KEJAYAAN



       Kunci kejayaan individu bermula apabila memiliki matlamat,impian serta tujuan hidup yang jelas. Seseorang individu juga harus berjiiwa besar serta bercita-cita tinggi. Matlamat ini memberi gambaran awal dan sasaran dalam mencapai sesuatu keinginan hidup malah ia memberi satu tindakan yang positif menuju gerbang kecemerlangan.
       Seseorang mahasiswa  perlu mempunyai matlamat yang positif,keinginan yang tinggi serta semangat yang membara agar mampu meraih sebuah kejayaan yang hakiki dalam hidup. Kecemerlangan serta kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja tanpa usaha yang jitu dan pengorbanan yang kuat seperti pepatah arab yang kita selalu mendengar " siapa yang berusaha dialah yang akan dapat". Namun untuk meraih kecemerlangan didalam kehidupan bukan sekadar memandang sepi pada matlamat,bahkan setiap anugerah nikmat yang dikurniakan Allah perlu dimanfaatkan serta diiplikasikan dengan sekuat sedaya upaya.
       Oleh yang demikian,sikap positif perlu direalisasikan dalam kamus diri seseorang mahasiswa tanpa mengira peringkat pengajian. Mahasiswa yang mensasarkan sebuah kecemerlangan haruslah memiliki sikap yang positif dan baik. Berfikiran dan bersikap positif adalah faktor serta penentu kejayaan malahan ianya akan mempengaruhi persekitaran sekeliling dan suasana.
       Oleh itu,kejayaan ini tidak terletak pada kekayaan harta,kemewahan hidup dan sebagainya namun kegigihan dan kesungguhan itulah yang menjadi pendorong utama kecemerlangan..
       Untuk mencapai matlamat yang telah kita impikan selama ini seharusnya mencorakkan kehidupan dengan lebih teratur,tersusun dan bersistematik. Doa dan tawakkal kepada Allah haruslah seiring dengan usaha yang konsisten dan semangat yang waja..