Tuesday 31 December 2013

Mimpi yang sempurna

Malam ini aku terbangun dari tidurku begitu awal. Dan saat ku melihat, waktu masih menunjukkan hampir pukul tiga pagi. Aku mendengar suara tangisan yang mana aku sendiri pun tidak pasti dari siapakah tangisan itu.

 “Siapakah yang menangis malam-malam seperti ini?” lirihku.

Aku beranjak dari tempat tidurku untuk mencari dari mana tangisan itu. Dan langkahku terhenti ketika aku melewati almari pakaianku. Suara tangisan itu semakin dekat dan jelas. Awalnya perasaanku agak gementar dan takut namun perasaan ingin tahu itu membuatkan aku memberanikan diri juga untuk membuka almari itu. Dan ternyata tidak ada sesuatu yang aneh pun di sana,yang ku dapati hanyalah pakaian-pakaian yang tersusun rapi. Namun tangisan itu semakin dekat dan jelas. Hal ini yang membuatku terus mencari suara tangisan itu dengan membongkar semua pakaianku. Pencarianku terhenti ketika aku terjumpa sebuah jilbab di hadapanku.
Ternyata jilbab itu yang menangis. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku alami saat ini. Tapi memang benar jilbab itu yang menangis. Tidak berapa lama selepas ia menangis,jilbab itu mula mengatakan sesuatu.

“Ya Allah Ya Tuhanku… sesungguhnya aku bersyukur Kau telah mentakdirkan aku menjadi sesuatu yang wajib bagi hambaMU sehingga aku selalu menjadi sesuatu yang amat berharga dan penting untuk mereka. Tapi tidak untuk kali ini Ya Rabb.. aku yang engkau wajibkan ini tidak berharga langsung di matanya. Ampunilah dia Ya Allah,berikanlah kepada dia hidayahMu,sedarkan dia dan fahamilah dia akan kewajibanku untuknya.

Aku yang masih berdiri di almari yang terbuka dan dihapadan jilbab yang sedang bermunajat itu hanya dapat menitiskan air mata dan menyesali terhadap kelalaianku. Aku hanya memakainya dikala waktu-waktu yang tertentu saja. Ya Rabb…ampunilah aku.
Tidak beberapa lama selepas itu,aku kembali mendengar seperti ada suara yang sedang merintih. Namun kali ini bukan dari jilbab yang berada dihadapan ku tetapi kali ini dari senaskah Al-Quran yang tersimpan rapi di rak buku ku..

“Ya Ilahi…mungkin di antara ciptaanMU aku adalah ciptaanMU yang paling suci. Benda yang selalu diagung-agungkan oleh hambaMu,menjadi pedoman bagi semua ciptaaMU yang mana jika dibaca,dilantukan atau didengar hati ini akan menjadi tenang. Ya Ilahi…sesungguhnya aku amat bahagia akan takdirMU ini. Namun ,di sini aku hanya menjadi seperti buku biasa yang tidak berharga dan tidak bernilai langsung. Aku telah lama disimpanya di sini. Aku sangat merindui dia yang dahulu,dia yang selalu melantunkan ayat-ayatMU dengan merdunya. Kini suara merdunya telah dia berikan untuk lagu-lagu saja yang mana sama sekali tidak mendekatkanya kepadaMU Ya Ilahi. Kembalikanlah dia seperti dahulu,maafkan segala kesalahan dan kecuaiannya.

Setelah mendengar semua itu,tubuhku terkulai lemah. Rasanya tidak sanggup lagi aku menumpang tubuh ini dan aku pun terjatuh dari tempatku berdiri. Ya Allah…ampunilah hambaMU ini sekali lagi.
Selang beberapa saat,telingaku kembali mendengar rintihan dan tangisan yang sangat dekat dengan telingaku. Dekat sekali. Ternyata rambut panjang yang menjadi ikon kebanggaankulah yang menangis dan merintih.

“Ya Allah yang Maha Agung,aku bangga kerana menjadi makhota untuk hambaMU. Aku telah mengindahkan rupa mereka atas izinMU. Tapi Ya Allah.. sesungguhnya aku sangat malu menjadi makhota wanita ini. Wanita yang memperlihatkan aku di khalayak ramai tanpa ada sedikit pun perasaan malu dalam dirinya. Dengan begitu mudah dan begitu bangganya dia mempamerkan keindahanku. Ya Rabb, aku sangat malu kerana dipamerkan dan dipertontonkan begitu saja yang dari bukan mahramku. Terbakar oleh api nerakaMU jauh lebih baik untukku daripada aku terus dipermalukan olehnya. Ku mohon bakarlah aku Ya Rabb.. bakarlah aku, bakarlah aku, bakarlah aku…..”

Tidak…….”teriakku.

 Tiba-tiba aku tersedar dari tidurku.

“ Ya Allah,ternyata semua itu hanyalah mimpiku. Mimpi yang indah dan buruk bagi ku. Indah kerana Kau ingatkan aku dan buruk kerana aku malu akan semua sikap dan kesalahanku.”
Segera aku bangun dari tempat tidurku untuk mengambil wuduk dan mendirikan qiamullail yang hampir tidak pernah aku dirikan.


Ya Rabbi..
Izinkan aku mengucap taubat kepadaMU
Izinkan aku memohon ampunanMU
Bantu aku untuk memenuhi segala kewajibanku
Bantu aku untuk menjauhi segala laranganMU
Ya Ilahi..
Jadikan taubatku ini taubat nasuha
Dan jadikan hijrahku hijrah yang kaffah

Lapan pembohongan seorang ibu

Cerita bermula ketika aku masih kecil. Aku seorang yang anak lelaki daripada sebuah keluarga yang miskin. Kami tidak mempunyai cukup bekalan makanan. Apabila tiba waktu makan,ibu selalunya memberikan bahagian nasinya kepadaku. Sementara ibu memindahkan nasinya ke dalam mangkukku,dia berkata “ Makanlah nasi ini nak. Ibu tak lapar “. Itulah pembohongan pertama ibuku.

Apabila aku meningkat umur, ibuku sering menghabiskan masanya memancing ikan di sungai berhampiran rumah kami. Ibu mengharapkan daripada ikan yang ditangkap, ia dapat memberikan sdikit makanan berzat bagi pertumbuhan badanku. Selepas memancing, ibu akan memasak sup ikan yang segar agar dapat eningkatkan selera makanku. Sementara aku menikmati sup tersebut, ibuku duduk bersebelahan dan akan isi ikan yang masih terlekat sedikit pada tulang ikan yang telah aku makan. Hatiku tersentuh melihatnya. Aku memberikan ikan lain kepada ibu. Namun dia menolak pemberian itu dan berkata,” makanlah ikan itu nak. Ibu tak berapa suka makan ikan ”. itulah pembohongan kedua ibuku.

Apbaila aku berada di sekolah menengah, bagi membiayai pembelajaranku ibu mengambil upah menjahit baju. Dia lakukan semua itu di rumah. Pekerjaan ini dapat memberi sedikit wang kepadanya untuk menampung keperluan kami. Kadang-kadang apabila terjaga daripada tidur di tengah malam, aku melihat ibu masih menjaht pakaian. Aku berkata “ Ibu,pergilah tidur sudah lewat ni. Pagi esok ibu perlu bekerja ''. ibuku tersenyum dan berkata '' pergilah tidur sayang. Ibu tidak mengantuk lagi ''. Itulah pembohongan ketiga ibuku.

Penggal akhir persekolahan tiba. Aku menduduki peperiksaan penting. Ibu mengambil cuti supaya dapat menemani serta memberi sokongan kepada aku semasa peperiksaan. Ibu bersusah payah menunggu aku di luar pagar sekolah yang agak panas selama bberapa jam. Setelah tamat peperiksaan, aku keluar mendapatkan ibuku. Dia cepat-cepat menyapu dan menuangkan aku secawan teh yang dibawa di dalam bekas air. Melihat saja ibuku dibasahi peluh,aku memberikan cawanku dan meminta beliau minum bersama. Lantas ibuku berkata, '' minumlah nak. Ibu tidak dahaga ''. Itulah pembohongan keempat ibuku.

Selepas kematian bapa, ibu berperanan sebagai seorang ibu tunggal dan perlu menyara keperluan kami seorang diri. Kehidupan menjadi semakin rumit dan ibu semakin tertekan. Pakcik yang baik hati yang tinggal berhampiran datang sekali-sekala untukmembantu. Jiran kami sering menasihati ibuku agar berkahwin lagi. Namun ibuku sangat degil dan tidak ambil peduli dngan nasihat mereka. Kata ibu '' aku tidak perlukan kasih sayang. Aku tidak perlukan orang lelaki untuk membantu aku ''. Itulah pembohongan kelima ibuku.

Selepas aku menamatkan pengajian dan bekerja, tibalah masa untuk ibu tuaku bersara. Namum dia tidak mahu. Dia akan ke pasar setiap pagi untuk menjual sedikit sayuran bagi memenuhi keperluannya. Aku yang bekerja di bandar lain, sering meghantarkan wang untuk meringankan penderitaan ibu dan memenuhi keperluannya, tetapi ibu tidak menerima wang pemberianku. Adakalanya dia menghantar semula wang itu kepadaku. Ibu berkata '' ibu mempunyai wang yang mencukupi''. Itulah pembohongan keenam ibuku.

Dengan sedikit wang yang disimpan, aku meneruskan pengajian sampai ke universiti. Selepas memperoleh ijazah Sarjana Muda, aku menyambung lagi pelajaranku ke peringkat Ijazah Sarjana di sebuah bandar di Eropah. Dengan pendapatan yang agak lumayan, aku berkeinginan membawa ibuku menikmati kehidupan di Eropah bersamaku. Namun ibu kesayanganku tidak mahu menganggu anaknya. Beliau berkata kepadaku,'' ibu tidak biasa di sana nak. Ibu lebih selesa di kampung''. Itulah pembohongan ketujuh ibuku.

Di usia tuanya, ibuku mendapat kanser perut. Dia dimasukkan ke hospital. Aku yang tinggal jauh beribu batu di seberang laut pulang ke rumah untuk melawat ibu kesayangan. Ibu terbaring lesu di atas katil selepas pembedahan dijalankan. Ibu yang kelihatan sangat tua, merenung wajahku sedalam-dalamnya. Ibu cuba mengukir senyuman tapi ia nampak seperti terpaksa. Jelas sekali penyakitnya itu telah menyebabkan tubuh ibu menjai lemah. Ibu kelihatan tidak bermaya. Aku memandang ibu dengan air mata yang mengalir. Hatiku pedih dan sayu melihatkan ibu dalam keadaan itu. Dengan sedikit tenaga yan ada, ibu berkata '' jangan menangis sayang. Ibu tidak sakit ''. Itulah pembohongan kelapan ibuku.

Setelah mengungkapkan pembohongan kelapannya itu,ibu kesayanganku menutup matanya buat selama-lamanya.

KESIMPULAN :

Cuba renungkan betapa mulia dan agungnya kasih seorang ibu. Jika anda masih mempunyai ibu atau ayah,ambillah kesempatan secukupnya untuk menyayangi mereka dan membalas jasa baik mereka sepenuhnya. Pelbagai cara boleh dilakukan. Jangan gunakan alasan '' sibuk dengan anak '' atau '' sibuk mencari nafkah '' kerana kesibukan itu tiada titik noktahnya. Jangka hayat ibu dan ayah bernoktah. Bagaimanakah hubungan anda dengan ibu atau ayah anda sekarang? Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah. Semuanya atas diri anda..