Sunday 31 March 2013

Kisah Tentang " CINTA "...

Dia manusia agung,insan yang berkilau bak permata dicelahan batu-batu. Walaupun tidah pernah bersua,cintanya buat kita merentasi benua dan zaman. Teguh jiwanya berjuang membawa Islam kepada umat,insan mulia inilah yang telah disakiti kerana hendak menyampaikan amanah Allah kepada kita. Dialah Rasulullah.

INILAH BUKTI CINTA BAGINDA...
Allah berfirman : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari kaummu sendiri,sangat berat terasa olehnya penderitaan yang ditanggung olehmu,dia sangat menginginkan kebaika bagimu, dan dia penyantun dan penyayang  terhadap orang-orang yang beriman. (at-Taubah:128)

INILAH RASUL YANG PENUH DENGAN CINTA...
Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api,lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aaku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

INILAH NIKMAT CINTA INSAN YANG MULIA...
Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata : Tatkala aku melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik,saya berkata, "Wahai Rasulullah!Doakanlah untukku". Rasulullah SAW pun mendoakan,"Ya Allah!Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian,yang tersembunyi dan yang terang."Mendengarnya,Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke riba kerana terlalu gembira. Lalu  Rasulullah SAW bersabda,"Adakah doaku ini menggembirakan kamu?"Aisyah menjawab,"Kenapa tidak,aku begitu gembira dengan doamu itu". Rasulullah SAW bersabda,"Demi Allah!inilah doa yang aku panjatkan untuk umatku dalam setiap solat".

INILAH CINTA YANG DITERJEMAHKAN DALAM PERBUATAN...
DAlam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika baginda mengimamkan solat jamaah,para sahabat mendapati setiap kali baginda berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Sesudah solat,Sayyidina Umar al-Khattab bertanya,"Ya Rasulullah,kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sakitkah engkau Ya Rasulullah?"."Tidak Ya Umar,aku sihat"jawab Rasulullah."Ya Rasulullah,mengapa setiap kali baginda menggerakkan tubuh,kami mendengar seoalah-olah sendi baginda salaing bergesekkan?kami yakin baginda sedang sakit". Desak Sayyidina Umar penuh cemas. Akhirnya,Rasulullah pun mengangkat jubahnya.Para sahabat pun terkejut mendapati perut Rasulullah yang kempis dililit oleh sehelain kain yang berisi batu kerikil sabagai penahan rasa lapar. Ternyata,batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi yang aneh setiap kali tubuh Rasulullah bergerak. Para shabat pun berkata,"Ya Rasulullah,adakah apabila baginda menyatakan lapar dan tidak ada makanan,kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?". Baginda Rasullullah pun menjawab dengan lembut,"Tidak para sahabatku. Aku tahu,apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. tetapi,apa jawapanku nanti dihapadan Allah apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban bagi umatnya?Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku,agar kelak umatku tidak ada yang kelaparan didunia lebih-lebih lagi di Akhirat nanti".

INILAH CINTA YANG MEMBAWA KE SYURGA...
Nabi SAW bersabda : Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. maka setiap nabi bersegera memnfaatkan doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat nanti. ( Riwayat Muslim).

Bersyukurlah hati kerana hidup didunia yang dicipta kerana Rasulullah.Bertuahnya jiwa kerana dipimpin oleh Rasulullah yang menghulur cinta tanpa mengharapkan balasan, Beruntunglah dan berbahagialah kita kerana terpilih menjadi umat insin pilihan. Malulah diri yang lalai dengan dunia dan segala isinya. Meranalah jiwa jika tergolong dalam golongan yang menyebabkan baginda menangis di akhirat kelak. Bagindalah rahmat seluruh alam. Ya Rasulullah,kami merinduimu.....

2 comments:

  1. touched :'( . Syukran kathir buat sy tersedar tentang sesuatu.

    ReplyDelete